Pink masih digilai. Identiti B & R menyerlah melalui limpahan glitter beads & loops of ribbons!
Padanan pink + coklat dipilih oleh pihak Khairil Anwar sebagai konsep hantaran untuk pasangannya, Zulfa. Idea asas ialah 9 kotak berbentuk bulat.
Memikirkan majlis pernikahan Khairil & Zulfa diadakan di Pahang, maka kotak bulat dengan penutup ini direka agar berciri collapsible, dan senang dibawa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur; secara tidak langsung, serbaguna dan stackable:
Bila hendak digunakan, tutup kotak boleh diikat di samping badan kotak dan barang hantaran boleh diisi di dalam kotak.
Bila tidak digunakan, boleh ditutup rapat. Badan kotak Diameter: 30cm, tinggi: 9cm (bahagian dalam ada padded lining)
Penutup kotak Diameter: 32cm, tebal: 3cm
(Kotak idea original buat sendiri B & R ini boleh custom made untuk pelbagai saiz yang diingini).